Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan

Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan

Komandan Pentadbiran PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b. Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara

trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki

A, lelaki B, lelaki C dan perempuan A. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah

diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah.


Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang PULAPOL.

Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga

manggar. Pada jam 7.50 pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan

lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak manakala

pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua peserta perbarisan

berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya

bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal Bin Mohd Nor dan ucapan aluan oleh En.

Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi Setapak. Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku

Supp. Zainal Bin Abd. Aziz, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan

MSSKL yang lepas. Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas.


Pada jam 8.30 pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan kategori perempuan A, lelaki

C, lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori.

Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama

bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan

dengan persembahan silat sebelum acara 800 meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan

diteruskan lagi dengan acara 200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti persembahan

pancaragam ‘Scottish Bagpipe’ pada jam 10.30 pagi. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh

daripada para hadirin. Selepas persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B pada

jam 10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan perempuan A sehingga jam

11.45 pagi.


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN


JOHAN          :WIRA 1576

NAIB JOHAN  :SATRIA 1410

KE-3             :WAJA 1360

KE-4             :PUTRA 1246


OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI

Olahragawan Lelaki A            – Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)

Olahragawati Perempuan A    – Noor Syazwani (SATRIA)

Olahragawan Lelaki B            – Hisham Bin Alias (WAJA)

Olahragawan Lelaki C            – Mohd Hafizie (WIRA)


REKOD BARU

Lompat Tinggi Lelaki A  - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m.


PENCAPAIAN RUMAH SUKAN BADAN BERUNIFORM

JOHAN            -SATRIA KADET POLIS

NAIB JOHAN    -PUTRA PKBM

KETIGA WIRA  -PENGAWAS SEKOLAH