
Jawatankuasa Rasmi Kejohanan Jogathon Amal Suzuran High School 2010

_________________________________________________________________________________________________________
Sekolah Tinggi Suzuran Akan Menganjurkan Satu Kejohanan Jogathon Amal
Pihak Sekolah Dan PIBG Rancang Untuk Mengadakan Satu Program Kemasyarakatan
_________________________________________________________________________________________________________
Jambori Pengakap Di Kem Kijang, Kelantan

Aktiviti Jambori
Aktiviti jambori dilaksanakan sepanjang berlangsungnya kegiatan Jambori. Secara umum, kegiatan Jambori Pengakap Malaysia ke-11 Tahun 2006 diisi dengan kegiatan-kegiatan pertandingan, kesenian/ budaya, adventure, wisata/ reksreasi, permainan rakyat, dan lain-lain.
Selengkapnya, kegiatan Jambori Pengakap Malaysia ke-11 Tahun 2006 yang telah dilaksanakan sepanjang berlangsungnya Jambori adalah sebagai berikut :
-Pertandingan
Kegiatan ini dilaksanakan berupa perlombaan-perlombaan yang diikuti oleh seluruh peserta dari dalam maupun luar negeri, berupa :
- Pintu gerbang/ gapura
- Malam kebudayaan
-Kesenian/ budaya
Kegiatan ini dilaksanakan dengan maksud memperkenalkan budaya tradisional Malaysia, khususnya dari Negeri Sembilan kepada peserta-peserta Jambori dari dalam maupun luar negeri berupa :
- Tumbuk kalang
- Cak Lempong
- Tarian Endang
- Tarian Piring
-Adventure/ petualangan
Kegiatan ini dilaksanakan dengan maksud untuk menanamkan jiwa kemandirian dalam bentuk kegiatan petualangan kepada peserta-peserta Jambori dari dalam maupun luar negeri berupa :
- Mendaki Gunung Angsi
- Berkayak
- River tracking
- Absailing
- Rafting
- Rapelling
- Flying Fox

_________________________________________________________________________________________________________

Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah mengadakan Kejohanan
Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan
Komandan Pentadbiran PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b. Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara
trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada 4 kategori iaitu lelaki
A, lelaki B, lelaki C dan perempuan A. Acara sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah
diadakan pada hari-hari sebelumnya di padang sekolah.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi di padang PULAPOL.
Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga
manggar. Pada jam 7.50 pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan
lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan segak manakala
pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada hari tersebut. Semua peserta perbarisan
berkumpul di tengah padang mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya
bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal Bin Mohd Nor dan ucapan aluan oleh En.
Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi Setapak. Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku
Supp. Zainal Bin Abd. Aziz, diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan
MSSKL yang lepas. Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di tempat khas.
Pada jam 8.30 pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan kategori perempuan A, lelaki
C, lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori.
Acara 100 meter merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat pertama
bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam 9.30 pagi hadirin dihiburkan
dengan persembahan silat sebelum acara 800 meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan
diteruskan lagi dengan acara 200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti persembahan
pancaragam ‘Scottish Bagpipe’ pada jam 10.30 pagi. Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh
daripada para hadirin. Selepas persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B pada
jam 10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan perempuan A sehingga jam
11.45 pagi.
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN
JOHAN :WIRA 1576
NAIB JOHAN :SATRIA 1410
KE-3 :WAJA 1360
KE-4 :PUTRA 1246
OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI
Olahragawan Lelaki A – Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)
Olahragawati Perempuan A – Noor Syazwani (SATRIA)
Olahragawan Lelaki B – Hisham Bin Alias (WAJA)
Olahragawan Lelaki C – Mohd Hafizie (WIRA)
REKOD BARU
Lompat Tinggi Lelaki A - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m.
PENCAPAIAN RUMAH SUKAN BADAN BERUNIFORM
JOHAN -SATRIA KADET POLIS
NAIB JOHAN -PUTRA PKBM
KETIGA WIRA -PENGAWAS SEKOLAH